Jumat, 27 Desember 2013

Syazwan Bukan Punca Kami Berpisah



“Tidak. Sama sekali tidak benar. Itu hanya gosip. Semasa saya jalani penggambaran Laga di sini bersama Syazwan, saya masih lagi bercinta dengan Keith dan dia juga tahu yang saya berada di Malaysia.

“Saya rapat dengan Syazwan sebab kami mahu bina keserasian untuk watak kami dalam filem. Bila mendengar gosip itu saya hanya tertawa. Sebetulnya saya dan Keith berpisah atas masalah kami sendiri”, katanya yang turut mengesahkan sudah mempunyai kekasih baru.

Pemilik nama sebenar Tyas Mirasih Endah, 26, ini ditemui pada pelancaran OST filem Laga, bertempat di Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hubungan mesra antara Tyas dan Syazwan mula terjalin sejak kedua-duanya digandingkan dalam filem arahan Ismail Yaacob itu. Di dalam filem tersebut mereka berdua bercinta.

Sebelum berpisah Tyas dan Keith Foo menjalinkan hubungan cinta selama hampir dua tahun.

“Kami rapat hanya di dalam filem untuk membina keserasian. Pada awalnya saya berasa janggal tapi lama-kelamaan semuanya berjalan lancar. Syazwan seorang yang lucu. Tetapi bila masuk ke set dia terus memberikan komitmen terhadap lakonannya”, ujarnya lagi.

Dalam pada itu Tyas juga meluahkan rasa teruja apabila diberi peluang berlakon bersama barisan pelakon hadalan tanah air. Kata bintang sinetron Bayu Cinta luna ini, kesempatan bekerja dibaawah arahan produksi Malaysia memberi satu pengalaman baru.

Malah Tyas juga berharap kehadirannya dalam filem Laga dapat memuka ruang untuk dia lebih dikenali di sini.

“Bila saya dapat skrip, saya baca dan dapat tahu pelako lain yang akan turt serta adalah barisan pelakon hebat Malaysia. Saya jadi risau dan gementar. Tapi bila difikirkan semula, mengapa tidak terima tawaran ini. Lagipun saya suka dengan jalan cerita filem ini.

“Saya juga bangga dapat bekerjasama dengan produksi di sini. Mereka semua mengalu-alukan kehadiran saya dan kita saling bantu membantu. Memang ada perbezaan, kalau di Indonesia kita selalu shooting dari pagi hingga awal pagi keesokan harinya. Tapi di sini, jadual penggambarannya lebih jelas dan ada masa juga untuk berehat

“Sebelum ini ada penonton Malaysia yang mengenali saya menerusi lakonan saya di sinetro yang ditayangkan di sini. Saya harap menerusi filem Laga ini boleh membuat ramai lagi penonton Malaysia mengenali saya. Dan kalau ada tawaran, saya mahu lagi berkerjasama dengan produski di sini”, tuturnya.

Laga mengisahkan tentang kehidupan masyarakat di Pantai Timur yang masih lagi mengamalkan cara hidup dengan bermain judi dan aktiviti laga ayam.

Selain Syazwan dan Tyas, filem yang bakal ditayangkan pada 23 Januari 2014 ini turut dibintangi oleh Wan Hanafi Su, Marsha Milan Londoh, Datuk Rosyam Nor dan Eman Manan. – Malaysian Digest


Like the Post? Do share with your Friends.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

IconIconIconFollow Me on Pinterest