Tampilkan postingan dengan label bukan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bukan. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 01 Februari 2014

Lim Benci Mahathirisme bukan Mahathir

Malaysiakini
 Jul 7 2012
Penasihat DAP Lim Kit Siang menolak dakwaan beliau begitu "membenci" bekas perdana menteri Tun Dr Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, katanya, beliau hanya menentang Mahathirisme dan seumpamanya.

Dalam kenyataan akhbar hari ini, Lim berkata, Dr Mahathir sekarang terpaksa bekerja keras untuk mengembali dan mempertahankan Mahathirisme dalam dasar-dasar Umno-BN.

Lim malah berkata, pendirian anti-Mahathirisme yang dipercayainya turut dikongsi bersama tiga bekas perdana menteri lain, iaitu Tunku Abdul Rahman, Hussein Onn dan Abdullah Ahmad Badawi.

"Biar saya pastikan Mahathir bahawa saya tiak benci dia sama sekali, tetapi seperti tiga bekas perdana menteri dan kebanyakan rakyat malaysia pada tahun 2012, saya menentang Mahathirisme dan ia kembali ke politik Malaysia menjelang pilihan raya umum ke-13," katanya.

Dr Mahathir Mohamad semalam menolak kewujudan Mahathirisme, dan mengingatkan Lim bahawa serangan berterusan terhadapnya akan memakan diri sendiri.

Beliau mengulas komen Lim yang mendakwa Dr Mahathir cuba menyuntik politik memecah-belahkan kaum menjelang pilihan raya umum ke-13 untuk memastikan kemenangan BN.

Lim juga sebelum ini menuduh Dr Mahathir menyemai kebimbangan di kalangan orang Melayu dengan menulis dalam blognya bahawa pengundi Cina merupakan "kingmakers" dalam pilihan raya akan datang.
{ Read More }


Jumat, 27 Desember 2013

Syazwan Bukan Punca Kami Berpisah


“Tidak. Sama sekali tidak benar. Itu hanya gosip. Semasa saya jalani penggambaran Laga di sini bersama Syazwan, saya masih lagi bercinta dengan Keith dan dia juga tahu yang saya berada di Malaysia.

“Saya rapat dengan Syazwan sebab kami mahu bina keserasian untuk watak kami dalam filem. Bila mendengar gosip itu saya hanya tertawa. Sebetulnya saya dan Keith berpisah atas masalah kami sendiri”, katanya yang turut mengesahkan sudah mempunyai kekasih baru.

Pemilik nama sebenar Tyas Mirasih Endah, 26, ini ditemui pada pelancaran OST filem Laga, bertempat di Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hubungan mesra antara Tyas dan Syazwan mula terjalin sejak kedua-duanya digandingkan dalam filem arahan Ismail Yaacob itu. Di dalam filem tersebut mereka berdua bercinta.

Sebelum berpisah Tyas dan Keith Foo menjalinkan hubungan cinta selama hampir dua tahun.

“Kami rapat hanya di dalam filem untuk membina keserasian. Pada awalnya saya berasa janggal tapi lama-kelamaan semuanya berjalan lancar. Syazwan seorang yang lucu. Tetapi bila masuk ke set dia terus memberikan komitmen terhadap lakonannya”, ujarnya lagi.

Dalam pada itu Tyas juga meluahkan rasa teruja apabila diberi peluang berlakon bersama barisan pelakon hadalan tanah air. Kata bintang sinetron Bayu Cinta luna ini, kesempatan bekerja dibaawah arahan produksi Malaysia memberi satu pengalaman baru.

Malah Tyas juga berharap kehadirannya dalam filem Laga dapat memuka ruang untuk dia lebih dikenali di sini.

“Bila saya dapat skrip, saya baca dan dapat tahu pelako lain yang akan turt serta adalah barisan pelakon hebat Malaysia. Saya jadi risau dan gementar. Tapi bila difikirkan semula, mengapa tidak terima tawaran ini. Lagipun saya suka dengan jalan cerita filem ini.

“Saya juga bangga dapat bekerjasama dengan produksi di sini. Mereka semua mengalu-alukan kehadiran saya dan kita saling bantu membantu. Memang ada perbezaan, kalau di Indonesia kita selalu shooting dari pagi hingga awal pagi keesokan harinya. Tapi di sini, jadual penggambarannya lebih jelas dan ada masa juga untuk berehat

“Sebelum ini ada penonton Malaysia yang mengenali saya menerusi lakonan saya di sinetro yang ditayangkan di sini. Saya harap menerusi filem Laga ini boleh membuat ramai lagi penonton Malaysia mengenali saya. Dan kalau ada tawaran, saya mahu lagi berkerjasama dengan produski di sini”, tuturnya.

Laga mengisahkan tentang kehidupan masyarakat di Pantai Timur yang masih lagi mengamalkan cara hidup dengan bermain judi dan aktiviti laga ayam.

Selain Syazwan dan Tyas, filem yang bakal ditayangkan pada 23 Januari 2014 ini turut dibintangi oleh Wan Hanafi Su, Marsha Milan Londoh, Datuk Rosyam Nor dan Eman Manan. – Malaysian Digest
{ Read More }


Kamis, 19 Desember 2013

Lawan Pakatan bukan kerja mudah kata Muhyiddin

Oleh Mohd Farhan Darwis
April 07, 2013
KUALA LUMPUR, 7 April – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, jentera BN tidak seharusnya mengamalkan sikap sambil lewa kerana menewaskan Pakatan Rakyat (PR) bukan tugas mudah memandangkan pembangkang itu jelasnya tidak akan mudah menyerah kalah dalam Pilihan Raya 2013 kali ini.

“Kita harus bersiap siaga, kerana tidak mudah pembangkang nak serah kalah,” tegas Muhyiddin memberi peringatan kepada ahli BN ketika merasmikan Command Centre BN Parlimen Batu di sini.
Menurut Muhyiddin, pekerja parti seharusnya berusaha keras bagi menarik sokongan pengundi selagi kemenangan belum berada di pihak BN.

“Jangan tidur sampai hari akhir. Sampai dah menang, tidurlah sepanjang mana nak tidur ... selagi kemenangan belum ada di tangan kita, kita perlu celik, jangan biarkan musuh menyelinap di kawasan kita sehingga boleh mempengaruhi pengundi,” tegas Muhyiddin di hadapan sekitar 500 jentera BN yang hadir.
“Turunlah kita ke setiap kawasan, tanya khabar, masalah mereka, kalau mereka respon, bukan mustahil Batu akan kembali kepada BN,” katanya merujuk kepada kerusi Parlimen yang menjadi milik Chua Tian Chang daripada PKR sejak Pilihan Raya 2008.

Muhyiddin yang juga penyandang kerusi Parlimen Pagoh sebelum ini turut berkata, pekerja parti dan jentera BN tidak seharusnya memandang remeh semua perkara kerana pengundi jelasnya adalah “raja” dan boleh menentukan kemenangan BN.
“Tapi kita tak boleh anggap segalanya mudah, pengundi adalah penentu, pengundi adalah raja, boleh buat apa sahaja ... mereka boleh buat apa sahaja tanpa alasan, tiada pihak boleh paksa mereka pilih siapa,” katanya.

Muhyiddin sebelum itu dalam rangka lawatannya ke Parlimen Batu sempat menghadiri majlis minum petang bersama penduduk Kampung Padang Balang, Sentul.
Malah, beliau turut mengingatkan parti komponen BN agar sentiasa mengamalkan sikap muafakat sesama mereka bagi mencapai kemenangan untuk BN.

“Saya tahu Batu adalah kawasan pembangunan ... kalau setiap komponen parti berazam kita boleh capai harapan kekal menjadi kerajaan ... komponen parti kena bekerja keras,” katanya lagi.
SPR akan bermesyuarat pada Rabu bagi menentukan tarikh penamaan calon dan hari mengundi bagi Pilihan Raya 2013.
{ Read More }


IconIconIconFollow Me on Pinterest