Selasa, 24 Desember 2013

Kazam Akan Perkenalkan Tujuh Telefon Pintar Baru



SYARIKAT teknologi Kazam yang berpangkalan di United Kingdom akan memperkenalkan tujuh buah telefon pintarnya bila-bila masa sahaja lagi.

Siri pertama iaitu Trooper akan dimuatkan dengan perisian Android dan mempunyai fungsi asas telefon pintar sedia ada di pasaran,serta mempunyai lima model iaitu X3,5, X4.0, X4.5, X5.0 dan X5.5,dimana kesemua nombor model adalah berdasarkan saiz skrin telefon. Trooper disasarkan kepada pemgguna biasa sahaja.

Kazam menyasarkan siri kedua iaitu Thunder pula (yang mempunyai dua model, Q4.5 dan Q5.0) kepada pengguna yang sudah arif tentang teknologi telefon pintar. Siri Thunder ini akan dilengkapi dengan prosesor quad-core 1.3GHz,RAM 1 GB dan Android Jellybean 4.2.Namun,kualiti paparannya cuma 218ppi.

Namun menurut pengasasnya James Atkins,kedua-dua siri telefon pintar keluaran Kazam ini akan dipasarkan dengan harga yang amat rendah dan berpatutan bagi meluaskan demografik penggunanya.


Like the Post? Do share with your Friends.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

IconIconIconFollow Me on Pinterest