Tampilkan postingan dengan label video. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label video. Tampilkan semua postingan

Jumat, 14 Februari 2014

VIDEO Mati Ketika Melakukan Aksi Untuk Pecah Rekod Guiness

Sailendra Nath Roy, 50,


INDIA – Pemegang rekod dunia, Sailendra Nath Roy, 50, meninggal dunia ketika cuba menyeberang Sungai Teesta di Darjeeling menggunakan rambutnya yang diikat di zip wire.
Roy, dikatakan tergantung di udara selama 25 minit selepas rambutnya terlekat pada roda zip wire itu pada paras 10,000 kaki dari permukaan sungai.
Ketika cuba melepaskan diri, Roy dikatakan telah mengalami serangan jantung dan meninggal dunia.
Kejadian itu disaksikan oleh 1,000 orang.
Namun mereka tidak menyedari Roy berdepan dengan masalah kerana ketika itu keadaan bising dengan sorakan dan tepukan daripada orang ramai.
Roy dibawa ke hospital selepas 45 minit, namun dia disahkan meninggal dunia.
Menurut saksi, ketika kejadian, tidak ada kakitangan pengurusan bencana atau polis yang ditempatkan diri di situ.
Roy merupakan pemegang Guinness World Record kerana berjaya bergerak paling laju pada jarak 270 kaki dengan zip wire diikat pada tocang rambutnya.
Dia juga pernah menarik keretapi di Darjeeling dengan menggunakan rambut pada jarak 2.5 meter, tahun lepas.
{ Read More }


Minggu, 29 Desember 2013

VIDEO Mana Hilang Nilai Menolong Dalam Masyarakat Malaysia Mangsa Rompak Dibiar Tanpa Bantuan! Kejam!


Penyamun Durjana

Cuba tanya pada diri sendiri, sekiranya kita berada di satu tempat yang jauh dari keluarga atau rumah, di waktu itu kita ditimpa dengan kesusahan seperti tayar pancit, duit tidak ada, kereta rosak, dengan siapa kita akan meminta bantuan?
Yang pasti, kita akan cuba meminta bantuan atau pertolongan dari orang sekeliling. Betul atau tidak?
Sebab, tidak ada sesiapa ahli keluarga terdekat yang boleh membantu kita.
Ini adalah salah satu video yang penulis temui dalam laman You Tube.
Sakit hati, geram, marah, mengucap panjang!
Semuanya perasaan yang beremosi marah penulis rasa tatkala mononton video sepanjang tujuh minit ini.
Video ini mungkin akan membuka mata kita semua bagaimana peribadi dan perangai rakyat Malaysia yang semakin menjadi-jadi apabila meletakkan kepentingan diri atau nafsu sebagai tunjang utama dalam diri masing-masing.
Video ini memaparkan kejadian rompakan sebuah motor di sebuah stesen minyak di kawasan Henti Rehat Butterworth, Kulim Expressway.
Masih lagi baru kejadian itu berlaku iaitu pada 10 Ogos 2012, ketika umat Islam sedang giat menunaikan ibadah dan berpuasa di bulan Ramadhan.
Ironinya, ketika kejadian rompakan yang berlaku di waktu tengah malam itu, terdapat beberapa orang lain lagi yang menjadi saksi kejadian kejam oleh dua orang suspek yang begitu berani dan tidak putus asa mencuba merompak motor mangsa.
Apakah mereka tidak mempunyai perasaan kasihan kepada si mangsa yang cuba menghalang dirinya dirompak?
Untuk rekod, kejadian sama juga berlaku beberapa bulan lepas di mana seorang warga tua dirompak di Pulau Pinang.
Namun, warga emas itu langsung tidak dibantu oleh orang ramai yang melihat dan menyaksikan kejadian itu berlaku.
Anda saksikanlah sendiri video ini dan nilai sendiri. Tanya dalam diri kita.
Ke mana hilangnya nilai-nilai murni dan budaya tolong-menolong yang diamalkan sejak dahulu lagi?
Kalau kejadian atau kes seumpama ini senang-senang ‘diamalkan’ di Malaysia, alamatnya, negara kita akan menjadi seperti negara China yang seolah-olah ‘membenarkan’ kejadian jenayah berleluasa dari masa ke semasa.
Fikir-fikirkan!
[sumber]


{ Read More }


Selasa, 24 Desember 2013

Video Himpunan Lagu Lagu Hits 90 An


Antara lagu-lagu hits pada zaman itu termasuklah daripada ratu pop, Britney Spears menerusi lagu Baby One More Time dan Crazy.

Sementara, zaman itu memang dikenali sebagai zaman kegemilangan boyband yang menjadi kegilaan para gadis seperti Backstreet Boys yang sangat popular dengan lagu I Want It That The Way.

Selain itu terdapat juga lagu evergreen seperti Kiss Me nyanyian Sixpence None The Richer, Smooth (Santana dan Rob Thomas), Livin La Vida Loca (Ricky Martin), Back At One (Brian McKnight) yang masih menjadi siulan sehingga kini.

Penulis percaya dalam banyak-banyak lagu ini, pastinya ada yang menjadi kegemaran serta dapat mengimbau kembali kenangan lama anda pada masa dahulu.

Jom layan dulu video ini ya untuk ceriakan petang Selasa anda.



Oleh: AUDREY LEE
{ Read More }


Senin, 16 Desember 2013

Video Akrobat Pendeta Tertangkap Kamera di Wedding Royal William Kate

Video Akrobat Pendeta Tertangkap Kamera di Wedding Royal William-Kate




Photobucket



Pendeta merupakan seseorang yang bertugas untuk mewartkan injil agama kristen. tugas utama seorang pendeta adalah mewartkan injil yang dikenal dengan tingkahnya yang suci, Tetapi berbeda dengan pendeta di Inggris ini saat melakukan aksi akrobatik di Wedding Royal William-Kate. Lihat aksi Video Akrobat Pendeta Tertangkap Kamera di Wedding Royal William-Kate

{ Read More }


IconIconIconFollow Me on Pinterest