Tampilkan postingan dengan label dalam. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dalam. Tampilkan semua postingan

Minggu, 13 April 2014

EBook SEO dalam bertukar link

Sebelumnya, sekarang tepat tanggal 01-01-1011 yaitu pada hari pertama bulan pertama tahun 2011 ini saya mengucapkan Happy New Year 2011, semoga ditahun ini kita akan lebih baik dari sebelumnya, mari kita buat lembaran baru ditahun 2011 ini
Seiringnya waktu berganti pula, Blogger My Blog juga mencoba mempublikasikan EBook pertamanya yang berjudul "Tips SEO dalam bertukar Link" memang tidak terlalu
{ Read More }


Kamis, 13 Februari 2014

Mayat reput dalam tangki air 337 penghuni tuntut RM100 juta


TAWAU: Sejumlah 337 penghuni perumahan Taman Titingan di sini, hari ini memfailkan tuntutan saman berjumlah RM100 juta terhadap Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Jurunilai & Perunding Hartanah Sabah (JPHS) atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan mayat hampir reput dijumpai di dalam tangki simpanan perumahan berkenaan.


Penduduk yang diwakili peguam, Chong Kian Ming, memfailkan saman terhadap MPT sebagai defendan pertama dan JPHS selaku defendan kedua di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, di sini kira-kira 2.45 petang.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada 12 Mei 2012, selepas beberapa kali membuat aduan sejak 30 April 2012 berhubung bau air paip tidak menyenangkan di perumahan itu, seorang daripada pekerja defendan menjumpai mayat hampir reput di dalam satu daripada tangki simpanan air perumahan itu.
Plaintif juga mendakwa sejak 20 April 2012, mereka menyedari perubahan bau air tidak menyenangkan yang dibekalkan kepada mereka dari tangki simpanan berkenaan dan mereka telah meminum serta menggunakan air dari tangki yang dicemari mayat hampir reput itu.

Menurut plaintif, penemuan mayat hampir reput yang tidak diketahui identitinya dan bukan penghuni perumahan itu di dalam satu daripada tangki simpanan perumahan Taman Titingan, adalah disebabkan kecuaian defendan kedua yang juga ejen defendan pertama.

Plaintif mendakwa pihak defendan melakukan enam kecuaian termasuk membiarkan tangki simpanan berkenaan tidak dikawal sehingga memudahkan sesiapa saja memasukinya dan gagal menghalang si mati daripada memasuki kawasan perumahan seterusnya masuk ke dalam satu daripada tangki simpanan di situ.
Plaintif mendakwa pihak defendan telah cuai sehingga gagal mengambil langkah berkesan bagi menghalang sesiapa sahaja daripada memasuki kawasan tangki simpanan air perumahan itu.

Defendan juga didakwa cuai dengan tidak mengambil langkah berkesan sama ada memeriksa dan menjalankan ujian bagi memastikan tidak ada dan tidak akan ada risiko pencemaran apabila plaintif membuat aduan kepada defendan kedua mengenai perubahan bau air berkenaan.

Plaintif mendakwa disebabkan kecuaian defendan berkenaan, mereka telah terminum air tercemar dalam tempoh tertentu dan akibatnya mereka sangat tertekan.

Selain menuntut RM100 juta, plantif juga menuntut supaya semua paip di dalam atau di luar rumah penghuni serta kesemua tangki simpanan air perumahan berkenaan diganti dengan yang baru. – BERNAMA
{ Read More }


Rabu, 12 Februari 2014

Dr M dikritik kerana berpura pura lupa terlibat dalam Projek IC

February 11, 2013
KUALA LUMPUR, 11 Feb — Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad berpura-pura lupa apabila menafikan penglibatannya dalam “Projek IC” yang membawa pendatang tanpa izin di Sabah.
“Saya rasa Dr Mahathir boleh kata beliau tidak bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukan.
“Saya rasa dia sudah nyanyuk. Dia hanya ingat perkara baik seperti KLCC,” kata ahli jawatankuasa eksekutif pusat DAP Anthony Loke kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada Menara Berkembar Petronas, projek mega di bawah pentadbiran Dr Mahathir.

Bekas perdana menteri yang berulang kali dituduh mengetuai “Projek IC”, inisiatif yang dijalankan pada 1980an di mana kewarganegaraan Malaysia didakwa ditukar dengan undi kepada Barisan Nasional, dan beliau menafikan perkara demikian dilakukan, sebaliknya berkata ianya mengikut proses undang-undang.

Beliau mendakwa pemberian kewarganegaraan di Malaysia mempunyai tempoh yang tertentu, selain syarat-syarat lain.
“Saya bersetuju kita boleh beri kewarganegaraan kepada mereka yang tinggal di negara ini dalam tempoh tertentu dan layak menjadi warganegara,” kata beliau apabila ditanya wartawan semasa melancarkan buku di Universiti Malaya.

Namun Dr Mahathir berkata sekiranya ini benar, beliau tidak mengawal sepenuhnya apa yang dilaksanakan semasa beliau menjadi perdana menteri.
“Apa yang terjadi di sana, saya tidak boleh dipersalahkan,” katanya lagi. “Arahan diberi kepada mereka untuk memberi kewarganegaraan kepada mereka yang layak.”

Loke berkata mustahil bagi Dr Mahathir selaku perdana menteri tidak menyedari operasi ini.
Pengakuan di dalam inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) menunjukkan bahawa pemimpin peringkat atasan terlibat dengan “Projek IC”, termasuk orang kanan Dr Mahathir, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.

Namun begitu, sungguhpun pendedahan projek tersebut dibuat, Dr Mahathir, yang pernah menjadi perdana menteri Malaysia selama 22 tahun, terus menafikan tuduhan tersebut. Beliau kemudian menuduh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahum yang menjadi timbalan beliau ketika itu
Anwar juga menafikan pembabitan beliau dalam “Projek IC”.

“Apa kredibiliti beliau selaku perdana menteri mengatakan beliau tidak mengetahui projek tersebut?
“Saya bolehlah menggelarkan beliau sebagai perdana menteri yang tidur, seperti penggantinya Abdullah?” kata naib presiden PAS Salahuddin Ayub, merujuk kepada pengganti Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
“Beliau seharusnya bertanggungjawab,” kata ahli parlimen Kubang Kerian itu.

Menurut satu pendedahan , sebanyak 100,000 kad pengenalan biru dikeluarkan kepada pendatang di Sabah pada tahun 1993. Selain itu, mereka juga menerima resit dari JPN yang berupa dokumen sementara membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya negeri 1994.
Minggu lalu, pegawai Cawangan Khas (SB) DSP Badaruddin Ismail memberi keterangan bahawa bekas pengarah JPN menjual 16,000 resit bernilai lebih RM1 juta untuk membenarkan pendatang di Sabah mengundi.

Namun bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri tersebut dari 1976 hingga 1985 antara mereka yang terawal menghadapi inkuiri, menolak kewujudan “Projek IC”.
Sabah mempunyai hampir sejuta pemilih yang berdaftar — 926,638 secara tepatnya, dalam laporan pada Jun oleh akhbar berbahasa Inggeris The Star.
Naib presiden PKR, Chua Tian Chang berkata sama ada Dr Mahathir terlibat atau tidak akan ditentukan oleh pengundi Sabah pada pilihan raya akan datang.

“Saya ingat sejarah akan mencatatkan apa penemuan yang RCI cari, Mahathir salah atau tidak, akan dicatat dalam sejarah.
“Apa yang berlaku di Sabah adalah satu realiti, sama ada beliau nak bertanggungjawab atau tidak, kita semua akan menjawabnya dalam pilihan raya kelak,” katanya lagi.
Pemerhati berpendapat RCI mungkin mengubah keadaan di Sabah dengan berpihak kepada pembangkang dalam usaha BN memastikan kubu kuat gabungan pemerintah tersebut bertahan dari pengaruh PR.
Kedua-dua Sabah dan Sarawak adalah kunci BN dapat mempertahankan Putrajaya pada pilihan raya 2008 dengan keputusan pilihan raya hanya menang dengan majoriti mudah. TMI
{ Read More }


Selasa, 11 Februari 2014

Gambar pakaian dalam yang dah berusia 500 tahun lalu

Wow, ditemui lingerie yang dianggarkan berusia 500 tahun lalu. Ini mengejutkan para sejarawan, bahawa pakaian dalam wanita yang seksi itu sudah ada sebelum zaman moden.

Pakaian dalam wanita yang terdiri dari penutup ******** atau bra dan seluar dalam bermodel tali di pinggul itu ditemui dalam peti besi di bawah papan lantai dari sebuah istana Austria yang dianggarkan sudah ada sejak abad ke-15.

Seperti dilaporkan dailymail.co.uk, keadaan lingerie itu sudah rosak. Sudah koyak di sana-sini. Warnanya yang coklat belum diketahui pasti apakah memang warna asalnya atau sudah usang dimakan usia. Bahannya dianggarkan dari bahan linen.

Penemuan ini tentu mengejutkan para sejarawan yang menganggap bahawa lingerie atau pakaian dalam wanita yang seksi adalah barang moden. Bukan hadir sekitar 100 tahun lalu.

Hilary Davidson, fashion kurator di Muzium of London, mengatakan penemuan itu sebagai sepenuhnya penulisan semula sebuah sejarah mode. "Dia menambah," Yang demikian belum pernah datang sebelum. "


Dia percaya itu adalah sepenuhnya kemungkinan bahawa sesuatu yang mirip dipakai oleh perempuan abad pertengahan Inggeris.

"Ini penemuan yang sangat menarik wawasan ke dalam cara orang berpakaian di Abad Pertengahan," katanya. "Ini jarang bahawa pakaian sehari-hari dalam bentuk apapun berlangsung dari tempoh ini, apatah lagi pakaian yang dalam. Katanya.

Dianggarkan bahawa mereka dikuburkan ketika bangunan itu diperbaiki pada 1480 dan bahawa keadaan yang sangat kering menjadikan pakaian rapuh dari disintegrasi selama berabad-abad

Sumber: http://www.rileksantai.com/2012/08/gambar-pakaian-dalam-yang-dah-berusia.html
{ Read More }


Minggu, 29 Desember 2013

VIDEO Mana Hilang Nilai Menolong Dalam Masyarakat Malaysia Mangsa Rompak Dibiar Tanpa Bantuan! Kejam!


Penyamun Durjana

Cuba tanya pada diri sendiri, sekiranya kita berada di satu tempat yang jauh dari keluarga atau rumah, di waktu itu kita ditimpa dengan kesusahan seperti tayar pancit, duit tidak ada, kereta rosak, dengan siapa kita akan meminta bantuan?
Yang pasti, kita akan cuba meminta bantuan atau pertolongan dari orang sekeliling. Betul atau tidak?
Sebab, tidak ada sesiapa ahli keluarga terdekat yang boleh membantu kita.
Ini adalah salah satu video yang penulis temui dalam laman You Tube.
Sakit hati, geram, marah, mengucap panjang!
Semuanya perasaan yang beremosi marah penulis rasa tatkala mononton video sepanjang tujuh minit ini.
Video ini mungkin akan membuka mata kita semua bagaimana peribadi dan perangai rakyat Malaysia yang semakin menjadi-jadi apabila meletakkan kepentingan diri atau nafsu sebagai tunjang utama dalam diri masing-masing.
Video ini memaparkan kejadian rompakan sebuah motor di sebuah stesen minyak di kawasan Henti Rehat Butterworth, Kulim Expressway.
Masih lagi baru kejadian itu berlaku iaitu pada 10 Ogos 2012, ketika umat Islam sedang giat menunaikan ibadah dan berpuasa di bulan Ramadhan.
Ironinya, ketika kejadian rompakan yang berlaku di waktu tengah malam itu, terdapat beberapa orang lain lagi yang menjadi saksi kejadian kejam oleh dua orang suspek yang begitu berani dan tidak putus asa mencuba merompak motor mangsa.
Apakah mereka tidak mempunyai perasaan kasihan kepada si mangsa yang cuba menghalang dirinya dirompak?
Untuk rekod, kejadian sama juga berlaku beberapa bulan lepas di mana seorang warga tua dirompak di Pulau Pinang.
Namun, warga emas itu langsung tidak dibantu oleh orang ramai yang melihat dan menyaksikan kejadian itu berlaku.
Anda saksikanlah sendiri video ini dan nilai sendiri. Tanya dalam diri kita.
Ke mana hilangnya nilai-nilai murni dan budaya tolong-menolong yang diamalkan sejak dahulu lagi?
Kalau kejadian atau kes seumpama ini senang-senang ‘diamalkan’ di Malaysia, alamatnya, negara kita akan menjadi seperti negara China yang seolah-olah ‘membenarkan’ kejadian jenayah berleluasa dari masa ke semasa.
Fikir-fikirkan!
[sumber]


{ Read More }


IconIconIconFollow Me on Pinterest