Tampilkan postingan dengan label kes. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kes. Tampilkan semua postingan

Senin, 10 Maret 2014

Kes Saman Fitnah Ibrahim Ali Saifuddin Selesai


KUALA LUMPUR – Kes saman fitnah melibatkan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail selesai hari ini apabila Ibrahim menarik balik saman itu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi S.M. Komathy Suppiah yang mendengar kes itu di dalam kamar membenarkan permohonan Ibrahim dan membatalkan saman itu tanpa sebarang kos.

Ketika dihubungi pemberita, peguam William Leong yang mewakili Saifuddin mengesahkan perkara itu.

Ibrahim memfailkan saman itu pada 2 Jun 2010 dengan mendakwa Saifuddin secara palsu dan berniat jahat menerbitkan kenyataan fitnah pada edisi 27 April hingga 4 Mei akhbar Suara Keadilan dengan mendakwa Ibrahim terlibat dalam perniagaan perjudian.

Ibrahim mendakwa perkataan tersebut disebarkan dengan niat jahat untuk mencemarkan nama dan reputasi baiknya, dan perkataan itu telah menyebabkan beliau dihina, disingkir dan diabaikan awam. – Bernama

Kes saman fitnah Ibrahim Ali, Saifuddin selesai
{ Read More }


Kamis, 26 Desember 2013

Dua Samseng Kes Pukul Guru Serah Diri

Dua Samseng Kes Pukul Guru Serah Diri


KUALA TERENGGANU – Dua samseng yang terbabit dalam beberapa kes jenayah kekerasan mendatangkan kecederaan di Besut tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kedua-dua adik-beradik berumur 39 dan 47 tahun itu menyerah diri kira-kira jam 3.30 petang selepas seorang lagi adik mereka yang berusia 34 tahun ditahan awal pagi Ahad lalu.
Katanya, kesemua suspek yang ditahan ini dikehendaki oleh polis kerana terbabit dalam kes mengugut serta memukul seorang guru sehingga mendatangkan kecederaan pada Ogos lalu.
“Guru lelaki itu diserang selepas mangsa tersebut menegur dan menampar kanak-kanak yang membuat membuat bising dalam masjid kayu di Besut.
“Polis berjaya menahan adiknya kira-kira jam 4.30 pagi di kediaman mertuanya di Kampung Kuala Besut, Besut dan ekoran daripada penahanan itu, dua lagi abangnya tampil menyerah diri,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Dalam kejadian pada 24 Ogos lalu, guru berusia 42 tahun itu dipukul tiga beradik terbabit dikenali sebagai Azizan Awang, 34, Afizol, 39, dan Anuar, 47, selepas berangkan mangsa tersebut kerana menampar kanak-kanak yang dikatakan membuat bising ketika di masjid.
Kejadian dipercayai berlaku selepas kanak-kanak itu tidak mengendahkan teguran guru terbabit beberapa kali. – BERNAMA
{ Read More }


IconIconIconFollow Me on Pinterest