Tampilkan postingan dengan label ali. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ali. Tampilkan semua postingan

Senin, 10 Maret 2014

Kes Saman Fitnah Ibrahim Ali Saifuddin Selesai


KUALA LUMPUR – Kes saman fitnah melibatkan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail selesai hari ini apabila Ibrahim menarik balik saman itu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi S.M. Komathy Suppiah yang mendengar kes itu di dalam kamar membenarkan permohonan Ibrahim dan membatalkan saman itu tanpa sebarang kos.

Ketika dihubungi pemberita, peguam William Leong yang mewakili Saifuddin mengesahkan perkara itu.

Ibrahim memfailkan saman itu pada 2 Jun 2010 dengan mendakwa Saifuddin secara palsu dan berniat jahat menerbitkan kenyataan fitnah pada edisi 27 April hingga 4 Mei akhbar Suara Keadilan dengan mendakwa Ibrahim terlibat dalam perniagaan perjudian.

Ibrahim mendakwa perkataan tersebut disebarkan dengan niat jahat untuk mencemarkan nama dan reputasi baiknya, dan perkataan itu telah menyebabkan beliau dihina, disingkir dan diabaikan awam. – Bernama

Kes saman fitnah Ibrahim Ali, Saifuddin selesai
{ Read More }


Senin, 30 Desember 2013

Ali Rustam desak kerajaan tutup kasino Genting Highland

OLEH DIYANA IBRAHIM September 04, 2013
Datuk Seri Mohd Ali Rustam (gambar) hari ini mendakwa kasino Genting Higlands harus ditutup dengan segera kerana menyebabkan pelbagai masalah sosial dan jenayah.

Katanya kerajaan tidak perlu bergantung kepada kasino tersebut semata-mata kerana masih boleh mengenakan levi cukai ke atas resort lain.

"Kita terima banyak aduan berhubung isu tersebut, malah sebenarnya Genting Group tidak memberi sebarang sumbangan kepada ekonomi Melaka walau dengan pendapatan tinggi dari kasinonya," katanya dipetik dari laporan Nanyang Siang Pau.

 Gesaan itu segera dibidas Setiausaha Agung Pemuda MCA Chai Kim Sen berkata kenyataan Mohd Ali itu sebagai satu permainan politik memandangkan  bekas ketua Menteri Melaka itu baru saja mengumumkan akan bertanding sebagai Naib Presiden Umno.
"Mendakwa wujudnya banyak masalah sosial dan jenayah merupakan satu pembohongan , beliau cuba memperbodohkan orang ramai," kata Chai.

Berikutan itu beliau menyarankan Mohd Ali lebih berhati-hati dalan mengeluarkan sebarang kenyataan agar ia tidak mencetuskan kontroversi.
"Ia terlalu mudah untuk menyalahkan semata-mata kasino pencetus masalah sosial. Ini merupakan masalah yang membabitkan semua peringkat masyarakat, dan kerana itu kita perlu berkerjasama untuk mencari punca menangani masalah sosial, bukan dengan hanya menunding jari pada satu pihak saja," katanya lagi.

Chai berkara sekiranya kerajaan bertindak menutup kasino ia tidak bermakna masalah akan diselesaikan, memandangkan sekiranya jalan penyelesaian begitu mudah maka semua kasino dalam dunia juga telah lama ditutup.

Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) itu hari ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno bagi pemilihan parti akan datang.
Katanya, ia untuk memberi pilihan kepada ahli dan sejajar dengan transformasi demokrasi dalam parti. – 4 September, 2013.
{ Read More }


IconIconIconFollow Me on Pinterest