Tampilkan postingan dengan label pas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pas. Tampilkan semua postingan

Senin, 03 Februari 2014

Isma bersama Umno serang PAS

Harakahdaily, 05 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Ketika Utusan Malaysia dan lain-lain media Umno menyerang PAS melalui Amanat Haji Hadi, pertubuhan Ikatan  Muslimin Malaysia (Isma) juga mengambil sikap yang sama.

Pertubuhan itu melalui Presidennya, Abdullah Zaik Abdul Rahman menyerang Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan mendakwa amanat ini telah menjadi punca orang ramai menjatuhkan hukuman murtad tanpa melalui proses mahkamah.

Sehubungan itu, Abdullah meminta Ustaz Hadi menarik balik amanatnya itu.

Padahal isu ini hanya dimainkan oleh Umno untuk menutup kelemahan mereka dengan memainkan isu yang sudah 31 tahun berlalu. Ia menjadi modal Umno setiap kali pilihan raya tetapi apabila dicabar untuk berdebat, Umno akan mencari pelbagai helah.

Isu amanat ini timbul pada tahun 1981 ketika PAS sedang bangkit dari kehancuran selepas ditendang keluar dari BN.

(Amanat ini hanya disebarkan oleh sesetengah ahli PAS yang taksub dan tidak pernah disebarkan oleh PAS sendiri secara rasmi)

Ketika itu, pimpinan PAS membina ahlinya dengan menanamkan aqidah dan menetapkan batas-batas imam dan kufur di kalangan mereka.

Dengan asas yang dibina itulah lahirnya PAS kini sebagai sebuah jamaah dan parti politik Islam yang disegani dalam dan luar negeri.

Di tahun-tahun awal isu ini dibangkitkan Umno, PAS mengajak Umno berdebat mengenainya iaitu menjelang pilihan raya umum 1986.

Tajuk debat yang dicadangkan pada tahun 1985 itu telah ditetapkan Umno iaitu "PAS dakwa Umno kafir".

PAS telah menetapkan penal dipihaknya iaitu Ustaz Abdul Hadi sendiri, Datuk Harun Taib dan Ustaz Nakhaie Ahmad.

Wakil Umno pula ialah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, Datuk Sri Anwar dan Ustaz Ibrahim Azmi.

Selepas dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dan terasa mereka tidak akan menang, Majlis Raja-raja telah membuat arahan agar debat itu dibatalkan di saat-saat akhir.

Kini, menjelang pilihanraya ke 13 dan selepas nama Ustaz Hadi dicadang sebagai calon PM oleh beberapa perwakilan muktamar PAS, sekali lagi isu ini dimainkan Umno.

Yang sedihnya, sebuah pertubuhan Islam bernama Isma turut serta bertenggek atas isu yang sudah basi dan sudah lama selesai ini.

"Jika Isma merasakan isu ini penting pun adalah kerana pemimpinnya berasal dari Besut yang turut terkesan dari fenomena takfir ini di sana.

"Namun apa yang berlaku di Besut bukan pandangan dan sikap umum PAS. Sebab itu hampir kesemua tokoh PAS Besut yang terlibat dalam isu ini sudah keluar dari PAS dan menyertai Umno.

"Begitu juga di Kelantan. Tokoh yang memainkan isu kafir mengkafir ini sudah menyertai Umno kerana ia tidak bersama dengan sikap pimpinan PAS," kata seorang pengkaji sejarah dari Terengganu kepada Harakahdaily.

Oleh itu, bagi beliau, tindakan Isma yang mengangkat isu ini dan menyerang sesama jamaah Islam dengan isu ini akan menimbulkan fitnah kepada badan itu sendiri.
{ Read More }


Senin, 30 Desember 2013

YB Nga Kor Meng derma gaji AP RM10 000 kepada calon PAS

 Posted by mantaro 


                            
                                                           
Bakal Calon PAS Kamunting,Ustaz Ahmad Fakharuddin  disokong penuh YB Nga Kor Meng untuk bertanding di DUN Kamunting. Sebagai tanda sokongan Ahli Parlimen Malaysia  Kawasan Taiping ,YB Nga Kor Meng berjanji akan memberi   elaun wakil rakyat beliau untuk bulan Februari 2013 ini sebanyak RM10,000  untuk jentera Pilihanraya PAS  Dun Kamunting.YB Nga Kor Meng akan memastikan pengundi Tionghua pada kali ini akan memberi undi kepada Calon PAS.
{ Read More }


Minggu, 22 Desember 2013

Dewan Ulamak sokong manifesto PAS Terengganu

Harakahdaily, 10 Feb 2013
MARANG: Dewan Ulamak PAS menyambut baik cadangan yang dikemukakan PAS Terengganu dalam manifestonya menjelang pilihan raya umum ke 13 ini, kata Setiausahanya, Dr Khairudin Aman Razali (gambar)

Bagi beliau, kesemua 10 cadangan manifesto itu amat wajar untuk keperluan rakyat negeri ini dalam menghadapi kekangan pelbagai masalah di Terengganu khasnya kenaikan harga barangan yang sangat menjolok mata.

Bagi beliau, cadangan pemansuhan cukai pintu untuk rumah kediaman amat perlu.

"Rakyat sudah cukup dibebankan dengan pelbagai cukai di peringkat pusat yang tak nampak dimata seperti cukai kereta. Maka memang sewajarnya PAS mencari ruang-ruang membebaskan rakyat di peringkt negeri dari bebanan cukai seperti cukai pintu," kata Khairudin.

Beliau ditemui di perkarangan Dewan Tok Guru, Rusila selepas Seminar Manifesto PAS Terengganu yang turut disertai oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam.

"Tanah dan kediaman merupakan keperluan asasi kehidupan bagi rakyat sebgaimana ditegaskan oleh Islam. Maka sewajarnya isu tanah kediaman diambil tanggugjawab oleh PAS sebagai kerajaan menanti," kata Khairudin.

Beliau juga memuji cadangan PAS untuk membebaskan ekonomi rakyat melalui program ekonomi.

"Rakyat yang maju adalah rakyat berdikari dari sudut ekonomi. Kerana itu manifesto penting PAS Terengganu ialah membina sifat kendiri ekonomi rakyat menerusi skim pembiayaan yang boleh menggalakkan mereka menceburi bidang keusahawanan," katanya.

Sebagaimana kejayaan pemberian air percuma di Selangor, PAS Terengganu juga mencadangkan dalam manifestonya pemberian 20 meter padu air percuma sebulan kepada rakyat negeri ini.

Bagi Khairudin,  air adalah keperluan asasi hidup melibatkan makan minum.

"Kerajaan bertanggugjawab tidak berniaga dengan rakyat dalam menyediakan keperluan asasi hidup seperti air.

"Oleh itu usaha menyediakan air percuma bagi 20 meter padu yang mencukupi keperluan bulanan sekeluarga memang sangat baik dan selaras dengan Islam dan moto negara adil lagi berkebajikan," katanya.
{ Read More }


IconIconIconFollow Me on Pinterest