Tampilkan postingan dengan label kecewa. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kecewa. Tampilkan semua postingan

Minggu, 22 Desember 2013

Sofi Jikan Kecewa Jarang Pegang Watak Utama


SIAPA yang tidak kenal pelakon lelaki, Sofi Jikan yang pernah merangkul anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24 dua tahun lalu?

Watak hitam yang kerap dilakonkannya sama ada dalam filem mahupun drama tidak pernah mengecewakan, malah begitu kuat melekat di ingatan para penonton.

Antara filem lakonannya, KL Gangster, KL Gangster 2, Paloh, Bunohan, Jiwa Taiko dan banyak lagi.

Namun, jauh di lubuk hati beliau, terdetik sedikit kekecewaan apabila tidak pernah diberi peluang untuk meggalas watak utama dalam sesebuah filem, mengulas laporan Harian Metro.

“Bohonglah kalau saya tak ada keinginan langsung untuk menggalas watak utama. Sebagai pelakon, tentu kita tahu kemampuan dan kerja kita selama ini, tapi sayangnya ruang itu tidak ada.

“Makan hati juga melihat ramai muka baru dan junior daripada saya mendapat peluang menjadi pelakon utama, tetapi saya masih mendukung pelakon-pelakon utama ini.

“Bohonglah kalau saya tak ada keinginan langsung untuk menggalas watak utama. Sebagai pelakon, tentu kita tahu kemampuan dan kerja kita selama ini, tapi sayangnya ruang itu tidak ada,” ujar pelakon berusia 43 tahun itu.

Bapa kepada tiga anak itu juga pernah kecewa apabila percubaannya menghadiri uji bakat watak utama bagi sebuah filem epik kenegaraan sebelum ini ditolak mentah-mentah kerana penggiat tidak berani mencari kelainan.

Bagaimanapun, beliau bersyukur apabila akhirnya diberi kepercayaan mendukung watak utama untuk sebuah filem romantik, KL Cinta baru-baru ini yang menginginkannya membawa watak naif dan romantik.

Apapun, kita tunggu dan lihat saja bagaimana Sofi Jikan membawa karakter yang dijangkakan sangat berbeza dari apa yang sering dilakonkannya sebelum ini pada tahun hadapan.



{ Read More }


Minggu, 15 Desember 2013

AJL27 Seniman kecewa Uji Rashid ‘diaib

sinarharian
8 Januari 2013
Yuna
Yuna
RUMAH siap pahat berbunyi! Demikian apa yang berlaku dalam Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27), yang melabuh tirainya kelmarin, apabila kontroversi berhubung pemilihan penyanyi ganti untuk menyanyikan lagu Terukir Di Bintang terus diperkatakan.

Seperti yang sudah dimaklumkan sebelum ini, pertukaran penyanyi ganti dibuat pada saat-saat akhir iaitu empat hari sebelum pertandingan.

Aizat Amdan dipilih menggantikan Uji Rashid bagi menyanyikan lagu Yuna itu selepas pihak penganjur mengadakan perbincangan dengan pengurusan Yuna.

Mengulas perkara ini, Persatuan Seniman mengakui agak terkilan dengan insiden terbabit yang disifatkan presidennya sebagai tidak sepatutnya berlaku.

“Saya terkilan. Pihak penganjur sepatutnya bersikap profesional dalam mengendalikan perkara ini.

“Bayangkan kalau Kak Uji dah tempah baju, buat persiapan apa semua. Siapa nak bayar?” ujar Zed Zaidi kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau sempat bertemu dengan penyanyi Semakin Hari Semakin Sayang itu pada satu majlis baru-baru ini.

“Saya ada bertemu Kak Uji dalam majlis sebelum ini dan dia ada menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku berhubung isu penggantian tersebut.

“Pihak itu sudah berjanji tetapi tak ada surat tak ada apa, apabila persiapan sudah dibuat, kena ganti pula. Imej dia macam mana?” katanya.

Tambahnya, “kita tahu Aizat bagus tetapi kenapa pihak penganjur tidak memberitahu Kak Uji? Kena campur tangan, anda penganjur.”

Dalam pada itu, Zed Zaidi mengharapkan pihak penganjur membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Uji Rashid.

“Tak ada khabar (minta maaf). Surat minta maaf pun tak ada. Sepatutnya mereka minta maaf secara terbuka.Kalau tak pasti jangan umum. Ini menjejaskan imej sendiri,” katanya.

Zed Zaidi juga tidak menolak insiden seperti ini mungkin berulang pada masa akan datang apabila ia membabitkan golongan veteran dalam industri hiburan tanah air.

Menyentuh soal isu artis veteran ini, Zed Zaidi menekankan perbezaan corak penghargaan bagi artis veteran di luar negara dengan negara kita.

“Di Amerika Syarikat, lagi veteran, lagi mahal... nama veteran lagi besar. Tetapi itu tidak berlaku di Malaysia.

“Kenapa? Sebab kita dah didedahkan dari awal supaya nafikan hak veteran ini, ambil kesempatan,” katanya.

Uji Rashid dikatakan telah datang untuk menghadiri sesi ‘soundcheck’, namun tidak ada pihak yang memaklumkan kepadanya tentang penggantian.

Aizat juga sebelum ini mengakui kecewa dengan insiden itu dan menyifatkannya sebagai tidak patut berlaku.

AJL27 baru-baru ini menobatkan lagu Terukir Di Bintang sebagai juara meski pun penyanyi asalnya Yuna tidak menyanyikan sendiri lagunya itu dalam pertandingan tersebut.
{ Read More }


IconIconIconFollow Me on Pinterest