Tampilkan postingan dengan label isteri. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label isteri. Tampilkan semua postingan

Rabu, 01 Januari 2014

Ashanty Suruh Anang Cari Isteri Baru


.

Sejak disahkan mengidap penyakit radang selaput otak dan memerlukan rawatan segera, penyanyi Indonesia, Ashanty tidak mampu berbuat apa-apa. Walaupun sudah dibenarkan keluar dari hospital, dia kini masih lemah dan sudah dua minggu aktiviti seninya terhenti.
Laporan laman detikhot.com menyebut, hasil diagnosis menunjukkan Ashanty diserang virus Cytomegalovirus akibat terlalu penat. Sebelum ini isteri kepada penyanyi-komposer popular, Anang Hermansyah itu mengakui dirinya memang terlalu sibuk sehingga mengabaikan kesihatannya.
Pelantun Jodohku itu memberitahu, pada awalnya dia seperti tidak boleh menerima apabila diberitahu mengenai penyakit tu.

"Pada mulanya saya marah dan mempersoalkan kenapa saya yang kena penyakit ini?", katanya.

Lebih parah, dia pernah berasa putus asa. Bahkan pemilik nama penuh Ashanty Siddik Hasnoputro itu pernah menyarankan Anang untuk mencari perempuan lain.

"Saya tertekan. Hari pertama, saya minta mahu berpisah. Saya tanya pada Anang, kenapa dia berkahwin dengan orang yang berpenyakit. Saya katakan pada dia, Bang, kamu pergilah cari perempuan lain", ujarnya.

Laporan doktor mengesahkan penyakit Ashanty sudah diperingkat serius. Namun nasibnya baik apabila dia kini beransur pulih.

"Saya pasrah dan ikhlas, kaki kiri saya mula boleh bergerak. Ini mukjizat Allah, banyak hikmahnya," ucapnya bersyukur.

Disebakan keadaanya yang belum betul-betul pulih, Ashanty terpaksa menangguhkan pelancaran single terbarunya, Mengapa Oh Mengapa.

Ashanty juga terpaksa berehat daripada meneruskan penggambaran filem sulungnya. Dia juga tidak mengambil tawaran daripada luar Jakarta.

- mD
{ Read More }


Sabtu, 28 Desember 2013

Meraung lihat jenazah isteri

Kota Kinabalu: Seorang suami meraung sekuat hati apabila melihat mayat isterinya tertiarap berlumuran darah selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan pikap di persimpangan lampu isyarat Jalan Lintas-Kepayan di sini, kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 6 petang, Raidah Lumamdai, 37, mati serta-merta di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala suaminya, Harry Kudin, 38, hanya mengalami kecederaan ringan.
Difahamkan, pasangan suami isteri itu dalam perjalanan pulang ke rumah di Cybercity selepas menemani mangsa mendapatkan rawatan di Klinik Luyang.

Sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah pikap Isuzu D-Max yang mahu memasuki simpang tidak menyedari kehadiran motosikal ditunggangi pasangan terbabit lalu bertembung.
Foto
RAIDAH terpelanting ke atas jalan raya akibat kemalangan.

Kejadian itu menyebabkan mangsa terpelanting ke tengah jalan dan cedera parah di kepala.
{ Read More }


IconIconIconFollow Me on Pinterest