Tampilkan postingan dengan label anwar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label anwar. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 08 Maret 2014

Tranformasi Najib undur ke belakang Anwar

Harakahdaily, 24 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja melanggar janji transformasi beliau, malah kini sedang bergerak dengan mengundur ke belakang.

Beliau berkata, tindakan mendakwa aktivis mahasiswa Adam Adli dibawah akta hasutan dan menahan Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ahtivis PAS Tamrin Ghafar serta aktivis ABU Harris Ibrahim adalah satu tindakan zalim.

Tindakan serupa itu katanya juga tidak diterima oleh rakyat di negara luar sehingga menyaksikan rakyatnya bangkit menyatakan bantahan kepada kerajaan.

"Pemerintahan diktator Stalin, Marcos dan Suharto telah lama berlalu. Orang-orang seperti Ben Ali, Mubarak dan Gaddafi juga telah berlalu tidak lama dahulu.

"Walaupun masa Mahathir di mana penyelewengan dan salah guna kuasa kerajaan berlaku dan menjadi rahsia umum, ia juga sudah berlalu.

"Namun, Najib bukan sahaja telah memungkiri janji reformasi politik beliau, tetapi dia juga sedang bergerak kembali ke belakang," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu Anwar turut menyelar kenyataan pihak menteri dan juga polis yang memberi amaran supaya orang ramai tidak hadir ke himpunan aman bagi membantah penipuan dalam PRU13 lalu.

Namun rakyat ujarnya dilihat terus berani untuk menyatakan bantahan mereka kerana mereka percaya perjuangan mereka adalah untuk masa depan yang lebih baik.

"Ketua Polis Negara yang baru Tan Sri Khalid Abu Bakar bercakap mengeluarkan semua jenis ancaman kepada rakyat, mengambil petunjuk daripada Menteri Dalam Negeri.

"Saya mengingatkan beliau bahawa tugasnya adalah untuk berkhidmat kepada rakyat, keutamaan beliau adalah untuk menjaga keselamatan negara, menentang penjenayah dan bukan bertindak ke atas perhimpunan aman yang sah," katanya.
{ Read More }


Kamis, 27 Februari 2014

AMK bakar penerbitan didakwa fitnah Anwar


  • Zulaikha Zulkifli
  • Malaysiakini  Jan 21 2013
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor hari ini bertindak membakar risalah serta buku yang didakwa memfitnah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Azmizam bersama beberapa orang anggota AMK bertindak membakar penerbitan berkenaan di hadapan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
Menurut Ketua AMK Selangor, Azmizam Zamanhuri berkata, risalah dan buku yang dicetak tanpa nama penerbit itu dikesan diedarkan ke rumah di kawasan Taman Sri Andalas, Klang.

"Yang terbaru kita menerima buku (bertajuk) Anwar dan Agenda Zionis semalam yang diedar di Taman Sri Andalas tanpa nama dan alamat penerbitan.

"Kita dapati buku ini berunsur fitnah dan perkara begini dilihat sebagai BN dan Umno ini terdesak untuk mengambil alih semula negeri Selangor," katanya.

Dalam sidang media sebelum membakar risalah berkenaan, Azmizam berkata penerbitan tersebut antara lainnya mengaitkan Anwar dengan beberapa tokoh Israel.
{ Read More }


IconIconIconFollow Me on Pinterest